Serlahkan detik-detik terbaik anda
Imbasan tahun anda di Instagram
Jangan ketinggalan trend kolaj menarik yang memuatkan 9 post Instagram terbaik. Dengan aplikasi TOP 9, caranya semudah menaip nama pengguna Instagram anda. Dalam sekelip mata, aplikasi kami menghasilkan kolaj memikat yang bukan sahaja memaparkan foto terbaik anda tahun ini, malah video dan Reels juga.
Ubah suai dan tambah
statistik tersembunyi
Anda tidak terhad kepada grid 3x3 sahaja, pilih daripada pelbagai jenis kolaj dan templat premium. Aplikasi ini turut menawarkan pilihan ubah suai lain, seperti menukar warna latar dan fon, atau bermain dengan bingkai. Jadikan kolaj Instagram anda lebih menarik dengan memaparkan jumlah like yang diraih oleh post anda.
Detik terbaik
untuk dikongsi
Siarkan kolaj TOP 9 anda di Instagram dan buat pengikut anda kagum. Dengan aplikasi ini, anda juga boleh berkongsi detik terbaik dengan mudah di mana-mana media sosial popular. Tentang privasi, jangan risau. Semasa menjana grid dengan TOP 9, pengesahan berlaku di pihak Instagram, jadi kami tidak mempunyai akses kepada kata laluan anda.
Ciri TOP 9 yang pasti anda suka
Pemilih tahun
Imbasan tahun anda tidak terhad kepada 2026 sahaja. Dengan pemilih tahun, anda boleh memilih mana-mana tahun yang lalu.
Sokongan video
Jadikan grid best nine anda gabungan foto, video dan Reels yang paling popular.
Profil IG tanpa had
Rumuskan post terbaik untuk seberapa banyak profil Instagram yang anda mahu.
Pengira statistik
Paparkan jumlah keseluruhan like yang diraih post anda, atau paparkannya bagi setiap post secara berasingan.
Templat sedia ada
Pilih daripada pelbagai templat unik untuk memberi media sosial anda rupa yang kemas.
Pengesahan tanpa kata laluan
Kami tidak akan meminta butiran log masuk Instagram anda untuk menghasilkan kolaj foto yang paling banyak like.
Data peribadi anda
kekal peribadi
Privasi dan keselamatan anda amat kami utamakan. Apabila menggunakan aplikasi TOP 9, yakinlah bahawa kami tidak mempunyai akses kepada kata laluan Instagram anda. Untuk mengelakkan risiko daripada aplikasi tiruan berniat jahat yang meniru fungsi kami, penting untuk mengikuti amalan terbaik berikut:
Jangan sesekali kongsi kata laluan Instagram anda dengan pihak ketiga.
Selidik dahulu sama ada syarikat di sebalik aplikasi itu mempunyai rekod yang terbukti.
Jika anda dialihkan ke tempat lain, sentiasa pastikan anda dibawa ke aplikasi atau laman web Instagram yang sebenar.
Penilaian & Ulasan App Store
best sangat
Kathy9541
Banyak pilihan susun atur yang bagus untuk satu post top nine. Saya suka ciri ubah suai tambahan, setiap templat boleh direka sampai ke butiran paling kecil. Jumlah like memang tepat - saya dah semak dua kali!
Pantas dan tepat
Dan 2114
Antara aplikasi terbaik untuk top 9. Boleh hasilkan post Instagram terbaik anda dari tahun-tahun sebelumnya juga. Sangat disyorkan!
Aplikasi yang mudah!
Viola and Carolin
TOP 9 buat apa yang sepatutnya dan tak minta kata laluan saya. Statistik dan best 9 gambar siap dengan cepat.
Berfungsi tanpa masalah
marty kruger
Akhirnya ada pembuat best 9 gambar yang tak asyik crash. Kolajnya nampak hebat. Terus terang, penukar video dinamiknya mengagumkan, tak pernah jumpa di tempat lain. Terima kasih!
Aplikasi dan sokongan terbaik
SeaStar2014
Aplikasi ni memang bagus sebab tak perlu log masuk guna kata laluan Instagram! Top 9 siap cepat dan cantik. Khidmat sokongan pun berfungsi, laju dan mesra pelanggan 👌🏻 Terima kasih
Cara buat Top 9 Instagram 2026
-
Muat turun aplikasi TOP 9
Dapatkan TOP 9 pada iPhone anda daripada App Store.
-
Masukkan nama pengguna Instagram anda
Tidak perlu kata laluan. Pilih 2026 atau mana-mana tahun sebelumnya, dan TOP 9 akan mencari foto, video dan Reels anda dengan like terbanyak.
-
Pilih templat dan kongsi
Pilih susun atur, tambah statistik like jika mahu, dan kongsi kolaj Top 9 anda di Instagram atau mana-mana media sosial lain.
